Sujud Tilawah adalah Sujud ketika membaca atau mendengar ayat sajdah dalam Al-Quran.
-
Dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila anak Adam membaca ayat Sajadah, lalu ia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak, maka untukku neraka.”
(HR Bukhari dan Muslim.)
“Apabila anak Adam membaca ayat Sajadah, lalu ia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak, maka untukku neraka.”
(HR Bukhari dan Muslim.)
-
Dari Umar r.a; Pada suatu hari Jumat, Rasulullah SAW membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, Baginda lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah.
Baginda SAW bersabda:
“Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi sesiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan sesiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa.”
(HR Bukhari)
“Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi sesiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan sesiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa.”
(HR Bukhari)
-
Ayat - ayat sajdah :
Di dalam Al-Quran terdapat 15 ayat-ayat sujud sajadah iaitu:
Catatan:
Pada surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 menurut madzhab Syafi’iyah dan Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah. Bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24 pula menurut Syafi’iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah, tetapi ayat yang disunatkan untuk ‘Sujud Syukur’.
Yang perlu diperhatikan dalam pelaksanaan Sujud Tilawah adalah :
A. Syarat-syarat :
1. Suci badan, pakaian dan tempat sujud.
2. Menutup aurat.
3. Menghadap kiblat.
4. Sujud setelah selesai membaca ayat Sajadah.
5. Dalam sholat berjamaah, makmum wajib mengikuti Imam
bersujud Tilawah
bersujud Tilawah
Gugur sholat berjamaah, jika tidak ikut bersujud.
B. Rukun :
1. Niat
2. Bertakbir
3. Sujud
4. Salam
Artinya :
“Aku bersujud kepada Allah yang menjadikanku, memberikan pendengaranku dan penglihatanku dengan Kekuasaan-Nya dan Kudrat-Nya. Maka Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencipta kejadian.”
Bacaan yang lain ketika Sujud Tilawah. Sebagaimana yang di sebut dalam hadits Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Ya Allah tuliskan bagi ku dengan sujud ini pahala dan jadikanlah sujud ini berharga di sisiMu dan hindarkanlah daripadaku dosa dengannya terimalah ia daripadaku sepertimana Engkau menerima sujud hambaMu Daud.”
(Hadis riwayat Al-Tirmidzi dan lainnya dengan sanad yang hasan)
(Hadis riwayat Al-Tirmidzi dan lainnya dengan sanad yang hasan)
Sementara itu Al-Ustaz Ismail Al-Dharir di dalam tafsirnya menaqalkan bahawa Imam Asy-Syafi‘ie memilih untuk diucapkan di dalam sujud tersebut :
“Maha suci tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami tetap terlaksana.”
Walau bagaimanapun adalah harus dibawakan zikir yang biasa digunakan di dalam sujud Sholat.
Menurut Imam Al-Qalyuby bahawa sujud tilawah atau sujud syukur itu boleh diganti dengan zikir,
berikut bagi orang yang tidak melakukan sujud walaupun ia suci dari hadas (dalam keadaan berwudlu) seperti ucapan:
berikut bagi orang yang tidak melakukan sujud walaupun ia suci dari hadas (dalam keadaan berwudlu) seperti ucapan:
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ
“Maha suci Allah dan segala puji-pujian bagiNya, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar”.
Dua Jenis Sujud Tilawah
Sujud Tilawah ini disunatkan dilakukan baik dalam sholat atau di luar sholat.
1. Dalam Sholat
a. Ketika tiba pada ayat-ayat Sajadah, disunatkan berniat sujud untuk Tilawah, mengucapkan Takbir lalu terus sujud sekali dan membaca tasbihnya, kemudian berdiri semula tanpa perlu mengangkat tangan dan menyambung baki bacaan ayat tersebut serta teruskan solat seperti biasa sehingga salam.
b. Batal Sholat jika melakukan sujud bersendirian pada ketika Imam tidak melakukannya. Sekiranya imam tidak melakukannya, maka makmumnya juga tidak perlu bersujud karena makmum wajib selalu menyesuaikan gerakannya dengan imam yaitu tidak boleh melakukan gerakan yang tidak dilakukan imam.
2. Di Luar Sholat
Sujud Tilawah sunat dilakukan di luar sholat iaitu setelah selesai menghabiskan bacaan ayat sajdah atau mendengarnya, jika hendak melakukan sujud tilawah hendaklah berniat sujud tilawah kemudian bertakbir iftitah seperti takbiratul ihram dalam solat.
Berniat dalam hati,
- Ketika membaca Al-Quran dan apabila bertemu ‘tanda sujud’, maka hendaklah bertakbiratul-ihram sambil berniat ‘Sujud Tilawah’ untuk melakukan sujud tanpa mengangkat tangannya.
- Takbir iftitah hukumnya adalah wajib kerana ia adalah merupakan syarat sujud tilawah.
- Tidak perlu berdiri atau membaca Fatihah dan rukuk. Terus saja bersujud dan membaca ‘Tasbih Tilawah’.
- Adalah sunat memanjangkan bacaan takbir yang kedua ketika hendak sujud sehingga diletakkan dahi ke tempat sujud.
- Begitu juga bagi takbir yang ke tiga ketika bangkit dari sujud sehingga duduk semula. kemudian kembali duduk dan memberi salam.
- Perlu diingat bahawa untuk melakukan sujud tilawah di luar solat ini tidak disunatkan bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) kemudian melaksanakan sujud, bahkan memadailah hanya dalam keadaan duduk. Sementara itu jika dia dalam keadaan berdiri maka dilakukan takbiratul ihram dalam keadaan berdirinya itu kemudian membaca takbir dan sujud. (At-Tibyan Fi Adab Hamalatil Quran 118)
- Jika tidak bersujud, kerana tidak memenuhi syarat atau berhalangan, maka sebagai gantinya bacalah ayat:
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar; Tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
3. Boleh menangguhkan Sujud Tilawah
Sujud tilawah juga boleh ditangguhkan. ketika sedang berhalangan semisal dalam perjalanan tiba-tiba terdengar seseorang membaca ayat sajdah. Maka, tidak diharuskan sujud sebagaimana mestinya seketika itu juga karena untuk melakukannya seseorang itu mestilah dalam keadaan suci dan berada di tempat suci, sama seperti mau mengerjakan sholat, dan dibutuhkan tempat yang memungkinkan untuk melaksanakannya.
والله أعلم بالصواب


















Tidak ada komentar:
Posting Komentar